Jumaat, 28 Jun 2013

Akhirnya..

saya telah menghabiskan semua tugasan!
...kecuali tugasan Bahasa Kebangsaan : p



Fui♥

Khamis, 27 Jun 2013

Tentang seseorang

Setiap manusia mempunyai masalah sendiri, jangan menilai seseorang dari luaran sahaja...
Setiap perkara yang dilakukan mesti ada sebabnya dan setiap manusia ada masa silamnya...
Dulu dan sekarang tidak sama, setiap orang boleh berubah.

~fyra~

Rabu, 26 Jun 2013

26.06.2013

Baru sampai rumah dari satu ceramah, ada sesuatu nak kongsi kepada awak :) MASA adalah wang! MASA adalah emas! Ini adalah konsep kita dari zaman lama sampai sekarang~ tapi hari ini konsep saya bertukar.. MASA adalah kebahagian! MASA adalah nyawa! setiap saat ditukar dengan nyawa~ kalau kita hidup dalam penderitaan.. bukan sahaja masa terlepas, tetapi nyawa juga dibazirkan.. Jadi, hidup dalam permikiran yang positif! Melibatkan diri dan juga orang di sekeliling anda dalam kehidupan yang bahagia :) Fui♥

Jumaat, 21 Jun 2013

MASALAH JEREBU DI MALAYSIA 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca blog kami ini. Saya Shafirah Shafiee, disini saya ingin buat satu pengumuman yang saya rasa semua rakyat Malaysia tahu, bahawa sekarang negara kita dilanda jerebu. Saya harap semua dapat mengambil berat tentang masalah ini .
Maklumat terkini masalah jerebu di Malaysia sepanjang bulan June 2013
Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada Jun 2013 telah membuatkan sesetengah kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat.
Sesetengah kawasan di negeri Johor, Melaka dan Selangor adalah antara yang mengalami nilai status IPU melebihi 100
Pihak yang terlibat, telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar
laporan jerebu 2013 maklumat terkini masalah jerebu di malaysia jun 2013
Jerebu di Malaysia
Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itu jerebu jarang kelihatan.Selain itu, negara jiran Singapura turut dilanda jerebu tebal yang memenuhi ruang udara negara itu ekoran kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia
Maklumat semasa dan terkini indeks pencemaran udara Malaysia (APIMS)
Orang ramai boleh mengikut laporan mengenai bacaan indeks jerebu dikawasan yang terjejas dengan melayari laman sesawang rasmi Jabatan Alam sekitar, klik pada pautan url http://www.doe.gov.my/webportal
Laporan mengenai status yang berkaitan dikemaskini dari masa ke semasa dalam laman sesawang itu untuk maklumat orang ramai