Maklumat terkini masalah jerebu di Malaysia sepanjang bulan June 2013
Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada Jun 2013 telah membuatkan sesetengah kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat.Sesetengah kawasan di negeri Johor, Melaka dan Selangor adalah antara yang mengalami nilai status IPU melebihi 100
Pihak yang terlibat, telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar
Jerebu di Malaysia
Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itu jerebu jarang kelihatan.Selain itu, negara jiran Singapura turut dilanda jerebu tebal yang memenuhi ruang udara negara itu ekoran kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia
Maklumat semasa dan terkini indeks pencemaran udara Malaysia (APIMS)
Orang ramai boleh mengikut laporan mengenai bacaan indeks jerebu dikawasan yang terjejas dengan melayari laman sesawang rasmi Jabatan Alam sekitar, klik pada pautan url http://www.doe.gov.my/webportalLaporan mengenai status yang berkaitan dikemaskini dari masa ke semasa dalam laman sesawang itu untuk maklumat orang ramai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan