Khamis, 11 Julai 2013

Selamat membaca...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
alhamdullilah..hari ini adalah hari ketiga kita menjalankan ibadah puasa...
hari ini saya hendak berkongsi serba sedikit tentang Rumah kasih sayang...

rksKhidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang) adalah sebuah rumah Kebajikan menempatkan kanak-kanak malang dan kurang bernasib baik yang terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak orang miskin dan sebagainya.

Ia di tubuhkan pada awal tahun 2005. Mempunyai 7 lot buah rumah dan 2 lot daripadanya adalah rumah wakaf.

Menempatkan lebih 102 orang kanak-kanak dari kalangan anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, warga tua, ibu tunggal dan anak yang terbiar menghuni disini.

Atas dasar kasih sayang yang di tuntut oleh Allah SWT dikalangan kita sesama manusia, anak-anak ini di asuh agar mereka kenal, yakin dengan Allah dan menerima ketentuan Tuhan mengikut kehendaknya.

Kasih sayang di perlukan oleh semua insan. Justeru itu dirumah ini anak-anak ini cuba disuburkan Roh, Mental dan Fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Allah.

Firman Tuhan; "Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan lain).
Sabda Rasulullah SAW; "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya."


anak-anak RKS
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan