Sabtu, 12 Oktober 2013

batch 23 & batch 24


Rindu dekat kamu semua . . .
moga-moga kita akan berjumpa lagi . . .
amin . . .

Khamis, 19 September 2013

Senyap tanpa berita :(

Senyap dengan kehidupan yang baru...
Semoga semua sahabat berada dalam sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga tercinta !!!

Khamis, 29 Ogos 2013

kami rakan sekelas . . rakan seblog . . rakan segosip . . hahahaahahaha

ini kami .. sewaktu buat pembentangan untuk "kesihatan kanak-kanak"...  tengok tu tengah makan pun sempat lagi nak ambil gambar ... buat kata mereka di dalam kelas, untuk kenangan ..... 

Selasa, 27 Ogos 2013

Sahabat !!

Sahabat untuk selamanya...
Bersama untuk selamanya..
Kau dan aku sahabat..
Untuk selamanya setia ...

huhuhu..dah nak tamat dah smester akhir kita ini..
saya harap kita akan kekalkan hubungan yang dah lama terjalin sebagai seorang sahabt...
nanti jangan lupa tau...kalau ada yang nak khawin ke tunang ke..ajak-ajak lah kawan_kawan ye...hehehehe
Semoga semuanya akan berjaya di masa hadapan..

~fyrashafirah~

Isnin, 26 Ogos 2013

Sahabatku : )

Kau lah yang selalu..selalu menemaniku..
mendengar kisah pahit manis hidupku~
Kau lah yang di situ..setia menungguu..
Kau lah yang satu menjadi sahabatku~

berasa bersyukur mengadamu :')

Fui

Rabu, 21 Ogos 2013

Final semEster !!

assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
alhamdullilah..lagi seminggu lgi kita semua akan menduduki peperiksaan akhir..
saya doakan semua boleh jawab dengan baik k...
semoga berjaya!!!!!!!!

bulan hantu...

Jangan memotong kuku pada waktu malam..
Jangan jawap sekiranya mendengar orang panggil nama awak dari belakang..
Jangan cakap pasal.."meraka"
Jangan pergi tempat perkuburan..
Jangan nyanyi pada waktu malam..
dan..
Jangan tidur lewat, kalau tidak..
esok tidak ada semangat nak bekerja~XD

Fui♥

Khamis, 15 Ogos 2013

hehehehehehhe kenangan raya ke 3 . .




assalammualaikum dan salam sejahtera. . .

yang baju hitam tudung ungu ni ialah mak saya . .
yang tudung hijau tu pula adik saya . . 
kami ni memang gila lensa semenjak dua menjak ni . .
sehinggakan gambar mak tengah tertidur pun ada . . 
hehehehehehehe
maaflah mak . .
kami tak sengaja . .
gambar ni masa kat rumah pak cik kat pantai pengkalan balak. . 
kitaorang dok borak-borak . .
sambil-sambil tangkap gambar . . 
tengok-tengok mak dah tertidur . . 
penat sangat agaknya . .
maklumlah raya . . .
apa-apa pun gembira sangat . .
           _ayu/liana_

Rabu, 14 Ogos 2013

Hari raya !!!!

Selamat Hari Raya !!!!!
walaupun abah saya tak berapa sihat...tapi kami sekeluarga tetap pulang ke kampung halaman...
alhamdullilah..selamat pergi dan selamat pulang...
kepada semua sahabat...
Selamat Hari Raya dan Maaf zahir dan batin.. :)

Ahad, 11 Ogos 2013

Ada seorang penceroboh.. masuk ke dalam kehidupanku tanpa keizinan..
Masa aku telah menyimpannya dalam hatiku..
Penceroboh ini berundur perlahan-lahan tanpa disedari..

Masalahku?~......

Fui

Isnin, 29 Julai 2013

ramadhan yang penuh dengan dugaan


salam ramadhan al-mubarak. . .

salam sejahtera . . 
tahun ini banyak sungguh dugaan yang terpaksa aku lalui . . .
bermacam-macam masalah. . 
kesihatan aku dan juga kesihatan ayah . . 
banyak sangat dugaan sehinggakan aku terpaksa tempuhinya . . 
sabarlah wahai hati . . .
sungguhpun banyak dugaan aku tetap tempuhinya dengan tenang . . 
aku tahu,Allah tak akan uji hambanya kalau tahu hambanya tak kuat tok hadapinya. . .
Alhamdulillah jugak . . 
sebab tahun ni ramai rakan yang membantu . .
ramai jugak rakan yang order kuih . . 
sungguhpun diduga dengan masalah dan dugaan . . .
kami masih lagi menyiapkan tempahan kuih . .
alhamdulillah . .  .
-ayu-

Ahad, 28 Julai 2013

Balik kampung..hohoho..balik kampung...hohoho..balik kampung,, hati girang...

Yeahhh !!!!!
Nak raye dh...
Tak sabar nya....
Sebab tahun ni saya raya kat Kedah....heee
lagi 9 hari kami orang Islam akan menyambut Hari Raya Puasa / Hari Raya Aidilfitri...
suke nya...hee...
Tapi persiapan raya tak buat lagi...
Tak beli apa pun lagi....
Tapi takpe...insyaAllah kami keluar pergi beli baju raya hujung minggu ni... :)

                                                                                                              FYRA

Rabu, 24 Julai 2013

Kuakhiri Air Mata

Kuakhiri Air Mata Dulu benih kusemai di ladang hatimu kujaga selalu berharap kan kutuai tumbuhan cintamu Segala cara telah kucoba untuk dapatkan hatimu namun tak kunjung jua kau mengerti rasaku Betapa sakitnya hatiku ini sungguh memerihnya lukaku ini cinta yang kutanam padamu kau mekarkan di hati yang lain Teganya kau buat aku begini kau hancurkan isi hati ini di sudut kamarku yang sepi kumerintih perih Kini kubakar saja puisi cinta untukmu yang seharusnya tak ada kutulis untukmu Penyesalan kini membakar hati tak terpadamkan rintik hujan Baiknya kuakhiri air mata untuk lupakan cintaku ini pada dirimu yang kehilangan harga.

Sekeping Hati

Hanya ada satu keping hati tanpa kau cari dia kan hadir karena takdir ilahi indah, bahagia, benci & cemburu mewarnai hari semoga dalam kehidupannya selalu di berkahi Terima kasih Ya Allah telah menganugerahkan sekeping hati dalam do'a selama ini ku pinta atas restu Allah semoga di persatukan dalam ikatan pernikahan pernikahan suci & penuhi relung hati dengan cinta Cinta takkan lengkap tanpa kasih & sayang dia kan hadir tulus dan takkan bisa di rekayasa takkan jemu mata ingin selalu memandang takkan pupus oleh waktu takkan hilang ditelan masa Dari tatapan pertama turun ke hati dari ketulusan turun ke hati tak bisa terungkap oleh kata mengalir begitu indah -ayu-

Selasa, 23 Julai 2013

╭(╯ε╰)╮

harirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayahariryaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayyaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayahariryaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayyaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayahariryaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayaharirayya SAYA NAK CUTI!!!!!

Isnin, 22 Julai 2013

Ayah...

Ayah, yang mencari rezeki untuk keluarga,
Ayah yang membanting tulang, pagi, petang dan malam..
Ayah yang menyediakan tempat tinggal, makan minum, dan semuanya Ayah..
Adakah sebagai anak kita kenang jasanya yang banyak sepanjang kehidupan kita,
Bila kita sakit. dia lah yang membawa pergi ke klinik...
Ayah, saya nak baju baru,
Ayah, saya nak kasut baru..
Ayah turutkan sahaja kemahuanmu anak...
Adakah kamu ingat semua tu...
Adakah kamu ingat????
Ya, kamu ingat ...
tetapi...
kamu juga sering sakiti hati dia...
tidak mendengar kata...
arh!!!
tak nak!!!
alah ayah ni!!!
malaslah ayah!!!
itulah perkataan yang sering keluar...
dimanakah belas kasihan kamu..
dimanakah sikap hormat kamu..
ingatlah wahai anak-anak...
Jika tiada Ayah,,,
tiada lah kita didunia ini..
Jangan menyesal setelah kita kehilangan dia kelak...
jangan masa itu, baru kamu menangis..
menyesal atas perbuatan kamu...
Tiada guna nya lagi...
Ayah hanya ingin mendengar..
TERIMA KASIH AYAH !!!
SAYA SAYANG AYAH...
mudahkan untuk ungkapkan ayat itu...
mulakan kan lah sekarang...
ingatlah ...
kenanglah..
apa pengorbanan yang dilakukan oleh nya...
sekian...
 
Nurkilan ~fyra~



Ahad, 21 Julai 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

lahirnya  saya kerana mu Ya Allah,
bernafasnya saya keranamu Ya Allah,
membesarnya saya keranamu Ya Allah,
dan bahgianya saya kerana mu Ya Allah.
 
nurkilan Fyra

 

Khamis, 18 Julai 2013

Dia ialah matahari.
Dia ialah gunung.
Siapa tahu keletihannya?
Siapa menghargai pengorbanannya?

bersyukur tentang apa yang awak ada,
kebahagian selalu di sisimu : )

Fui 

Nurkilan Shafirah

assalammualaikum dan salam satu malaysia... kalau saya sayangkan awak, saya akan dapatkan awak, kalau saya perlukan awak, saya akan temui awak, tetapi bila saya senyapkan diri, jangan cuba untuk mencari.

Rabu, 17 Julai 2013

iftar bersama rakan-rakan dan junior . .


assalammualaikum . . 
saya ingin berkongsi satu cerita. .
hari ini . . hari yang saya tak akan lupakan..
saya,rina,lin,dilla,syaadah dan amira beriftar bersama..
kami pergi berbuka di  Kuala Lumpur sentral. .
kami berbuka di Chicken Rice Shop . .


bermacam-macam ragam yang mereka lakukan..
makan sehinggakan kekenyangan dan tak larat nak berjalan .. 
bila dah kepenatan dan kekenyangan..
mulalah kami mengenakan orang . . 
sehinggakan stesen KTM Seputih boleh jadi Sepatu . .
macam2 hal . . . . 
apa-apa pun... gembira sangat iftar bersama korang hari ni. . 
terima kasih ye korang .. .  
nanti kita pergi iftar bersama lagi ye?
 ~ayu/liana~


Isnin, 15 Julai 2013

Muhasabah diri

Hye semua !!!!

Assalammualaikum....
Tutup cerita masa lalu..
Buka lembaran baru..
Muhasabah diri.
Agar kita lebih mantap melangkah ke hadapan..
  ~fyra~
Ada sesiapa yang buat tugasan individu no.1,
nak pergi Dewan Bahasa dan Pustaka atau Majlis Daerah bersama tak?
Awak tangkap gambar saya, saya tangkap gambar awak : p

Fui 

Jumaat, 12 Julai 2013

ramadhan ketiga

ya allah . . .
dugaan untukku hari ini . .
dikejutkan dengan berita ayah di masukkan ke hospital . .
ya allah . .
kau selamatkan ayahku dari segalanya . .
untuk perkongsian . .

Khamis, 11 Julai 2013

Selamat membaca...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
alhamdullilah..hari ini adalah hari ketiga kita menjalankan ibadah puasa...
hari ini saya hendak berkongsi serba sedikit tentang Rumah kasih sayang...

rksKhidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang) adalah sebuah rumah Kebajikan menempatkan kanak-kanak malang dan kurang bernasib baik yang terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak orang miskin dan sebagainya.

Ia di tubuhkan pada awal tahun 2005. Mempunyai 7 lot buah rumah dan 2 lot daripadanya adalah rumah wakaf.

Menempatkan lebih 102 orang kanak-kanak dari kalangan anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, warga tua, ibu tunggal dan anak yang terbiar menghuni disini.

Atas dasar kasih sayang yang di tuntut oleh Allah SWT dikalangan kita sesama manusia, anak-anak ini di asuh agar mereka kenal, yakin dengan Allah dan menerima ketentuan Tuhan mengikut kehendaknya.

Kasih sayang di perlukan oleh semua insan. Justeru itu dirumah ini anak-anak ini cuba disuburkan Roh, Mental dan Fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Allah.

Firman Tuhan; "Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan lain).
Sabda Rasulullah SAW; "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya."


anak-anak RKS
 
 
 
 

Hari Bahasa Melayu

Terima Kasih kepada semua yang terlibat .. Hari Bahasa Melayu ...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Walaupun tak faham bahasa mereka, tapi..
kelakarrrrrrrrrrrrrrrrr sangat!! XD

Fui

Ahad, 7 Julai 2013

Bersyukurlah :")

Seorang yang rasa puas terhadap kehidupan tidak mengadu,
seorang yang selalu mengadu tidak puas terhadap kehidupan.


Fui ♥

Sabtu, 6 Julai 2013

KONGSI BERSAMA TEMAN2 . .

baik macam mana pun kita, 
pasti ada orang yang tak suka . . . 
buruk macam mana pun kita, 
pasti ada orang yang masih menerima . . . 
sabarlah, itu LUMRAH HIDUP . .

Rabu, 3 Julai 2013

Kalau seorang guru tidak boleh mengajar kita semua subjek,
kenapa kita dikehendaki belajar begitu banyak subjek?~.... : (



Fui♥

Selasa, 2 Julai 2013

Terbaik

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Saya baru balik dari Program Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 di Virgo Resort, Teluk Batik, Lumut , Perak....
Program ini banyak mengajar saya cara-cara untuk mengendalikan majlis dan juga cara-cara untuk menguruskan mesyuarat, kertas kerja dan lain-lain...
Saya dapat mengeratkan hubungan siratulrahim walaupun peserta kebanyakkannya dari SRI college...
Memang best sangat... saya akan letakkan gambar kat sini...  ~fyra~


Jumaat, 28 Jun 2013

Akhirnya..

saya telah menghabiskan semua tugasan!
...kecuali tugasan Bahasa Kebangsaan : p



Fui♥

Khamis, 27 Jun 2013

Tentang seseorang

Setiap manusia mempunyai masalah sendiri, jangan menilai seseorang dari luaran sahaja...
Setiap perkara yang dilakukan mesti ada sebabnya dan setiap manusia ada masa silamnya...
Dulu dan sekarang tidak sama, setiap orang boleh berubah.

~fyra~

Rabu, 26 Jun 2013

26.06.2013

Baru sampai rumah dari satu ceramah, ada sesuatu nak kongsi kepada awak :) MASA adalah wang! MASA adalah emas! Ini adalah konsep kita dari zaman lama sampai sekarang~ tapi hari ini konsep saya bertukar.. MASA adalah kebahagian! MASA adalah nyawa! setiap saat ditukar dengan nyawa~ kalau kita hidup dalam penderitaan.. bukan sahaja masa terlepas, tetapi nyawa juga dibazirkan.. Jadi, hidup dalam permikiran yang positif! Melibatkan diri dan juga orang di sekeliling anda dalam kehidupan yang bahagia :) Fui♥

Jumaat, 21 Jun 2013

MASALAH JEREBU DI MALAYSIA 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca blog kami ini. Saya Shafirah Shafiee, disini saya ingin buat satu pengumuman yang saya rasa semua rakyat Malaysia tahu, bahawa sekarang negara kita dilanda jerebu. Saya harap semua dapat mengambil berat tentang masalah ini .
Maklumat terkini masalah jerebu di Malaysia sepanjang bulan June 2013
Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada Jun 2013 telah membuatkan sesetengah kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat.
Sesetengah kawasan di negeri Johor, Melaka dan Selangor adalah antara yang mengalami nilai status IPU melebihi 100
Pihak yang terlibat, telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar
laporan jerebu 2013 maklumat terkini masalah jerebu di malaysia jun 2013
Jerebu di Malaysia
Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itu jerebu jarang kelihatan.Selain itu, negara jiran Singapura turut dilanda jerebu tebal yang memenuhi ruang udara negara itu ekoran kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia
Maklumat semasa dan terkini indeks pencemaran udara Malaysia (APIMS)
Orang ramai boleh mengikut laporan mengenai bacaan indeks jerebu dikawasan yang terjejas dengan melayari laman sesawang rasmi Jabatan Alam sekitar, klik pada pautan url http://www.doe.gov.my/webportal
Laporan mengenai status yang berkaitan dikemaskini dari masa ke semasa dalam laman sesawang itu untuk maklumat orang ramai